Nik Aziz dah dapat duit dari Barisan Nasional, tapi mendakwa disekat pemberian dan bantuan persekutuan. Inilah pemimpin PAS, apabila bercakap, mereka berbohong.

Dibawah ialah petikan Penyata Kewangan Kerajaan Kelantan daripada Laporan Ketua Audit Negara. Jadual 4.9, Nombor 4 menyebut PEMBERIAN MENGIKUT RAMAI PENDUDUK. Itu adalah hasil pemberian Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional yang dipanggil sebagai Capitation Grant.

Jadual 4.10, Nombor 1 menyebut PEMBERIAN KURANGAN. Pemberian Kurangan adalah bertujuan untuk membantu negeri Kelantan yang tidak cukup duit untuk mengurus tapi teringin nak memerintah. Pada 2009, Kerajaan Negeri Kelantan menerima RM81.30 juta.

Anggaran Hasil Tahun 2011, Perolehan Negeri hanyalah RM410.89 juta tapi Perbelanjaan Mengurus ialah RM464.13 juta. Selangor pernah berjanji tidak akan berbelanja lebih daripada pendapatan dengan alasan tidak suka berhutang. Itu mungkin di Selangor, tapi tidak di Kelantan. KahKahkah

Mana Kerajaan Kelantan nak cari defisit RM53 juta? tebang balak? collect derma? last² paw Majlis Kewangan Negara. Kutok tu kutok jugak, BN tolong kroni lah, BN rasuah la, tapi duit BN nak jugak. KahKahkah

Jadual 4.10, Nombor 3 menyebut PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL. Ini adalah sumbangan Kerajaan Barisan Nasional kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang mana sumbangan adalah berdasarkan pertambahan hasil perolehan Kerajaan Persekutuan. Sumbangan ini bermakna Kelantan sentiasa tak cukop duit untuk memerintah, tapi dibantu pula oleh lebihan perolehan negeri-negeri Barisan Nasional yang lain.

Anggaran Hasil Tahun 2011 bagi Negeri Kelantan disebut sebanyak RM410.89 juta. Daripada jumlah itu, RM86.64 juta adalah hasil cukai. Manakala RM217.49 juta adalah hasil bukan cukai. Dua sumber utama hasil bukan cukai Negeri Kelantan ialah hasil pembalakan dan hasil yang diterima daripada Kerajaan Barisan Nasional. Penerimaan terakhir daripada Kerajaan Barisan Nasional bagi Negeri Kelantan ialah berjumlah RM106.76 juta.

Jika kita ambilkira usianya, mungkin juga Nik Aziz sudah nyanyuk. KahKahKah dah dapat duit katanya disekat kerajaan persekutuan. Kalau dah nyanyuk tu, letaklah jawatan. Jangan terlalu sayangkan jawatan dan harta duniawi. Kita masih ingat lagi yang dia kata kalau Mahathir letak jawatan, baru dia letak jawatan. Dah dua kali pilihanraya dah pon, sampai sekarang dia buat rilek, buat senyap. Inilah sifat Ketua Majlis Syura PAS, kerja nak menipu orang, cakap tak serupa bikin. KahKahKah

Kita tertanya-tanya dengan ratusan juta ringgit yang ada, tambah lagi dengan derma-derma tabung ceramah dan penjualan buku, majalah, dan harakah, kita boleh andaikan yang PAS Kelantan bukan tak ada duit. Tapi dibandingkan dengan fasiliti dan pembangunan Kelantan, macam tak kena. Kemanakah arahtuju duit-duit itu semua jangan tanya. Sapa tanya tak kuat iman kahkahkah.

Kepada penyokong Barisan Nasional jangan marah Mohd Najib tolong Nik Aziz. Dia cuma mematuhi perlembagaan. Walaupun didoakan pecah perut oleh Nik Aziz, Mohd Najib tetap sayang penduduk Negeri Kelantan.

*Sila refer blog Kickdefella, untuk lebih tutorial Laporan Ketua Audit Negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: