Peringatan wahai saudara sebangsa, dikala menyentuh nama-nama baginda Sultan-Sultan Melayu.

Peringatan wahai saudara, dikala menyentuh nama-nama baginda Sultan-Sultan Melayu.

Isu Sultan-sultan Melayu adalah sangat delicate yang mana ia perlu dijaga akan adab dan tatacara menyentuhnya (Akan isu). Maka, kepada sesiapa yang ingin mengusul atau membincangkan sesuatu perihal berkaitan dengan isu ini, apatah lagi dengan menyebut atau menyentuh secara lansung akan nama-nama mana-mana baginda Sultan Melayu, ataupun sesuatu perbuatan mereka adalah diharap berbuat demikian dengan penuh hati-hati dan hormat.

Adalah Melayunya seseorang Melayu itu kerana Sultan-Sultan Melayu dahulu berkerajaan di pinggir-pinggir sungai dan berkota dilereng-lereng bukit. Islamnya seseorang Melayu itu, adalah kerana Islamnya Sultan-Sultan Melayu pada suatu ketika dahulu. Dan kafirnya seseorang Melayu itu pada hari ini, adalah kerana perbuatannya sendiri. Sesungguhnya Islam itu adalah harta yang paling berharga.

Bukan kemahuan saya untuk usulkan kita membesarkan baginda Sultan-Sultan Melayu lebih daripada Baginda Rasulullah (saw). Tidak saya pula saya usulkan berdoa selamat setiap kali nama baginda Sultan disebut. Apa yang saya usulkan ialah untuk mengingatkan sesama Melayu. Melayu yang mulia budinya, kenang akan mereka akan jasa-jasa baik orang terhadap diri mereka.

Jangan berani tuan-tuan untuk bertanya apakah kebaikan atau kepentingan baginda Sultan sekarang kepada kita, kerana kalau tidak Islam baginda Sultan dahulu, takkan Islam kita para rakyat sahayanya. Tanyakan kepada diri sendiri apakah jasa anda kepada bangsa Melayu, dan apakah jasa anda kepada agama Islam di bumi Melayu. Dan bandingkan kampong dengan kawasan, kawasan dengan daerah, daerah dengan negeri, dan negeri dengan negera Melayu yang dicintai ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: