Isu Anti-calon perempuan: Di depan-depan muka umat Islam, PAS mengubah-ngubah hukum ayat al-Quran. 1990 tafsir lain, 2004 tafsir bunyi lain.

 

Pada PRU 1990, kerusi DUN Selising di Pasir Putih menyaksikan pertandingan di antara calon lelaki dari PAS menentang calon perempuan dari BN.

Bagi memastikan calon mereka menang, PAS telah mengharamkan para pemilih mengundi calon perempuan BN bernama Cikgu Hajjah Wan Esah Binti Nik Hassan.

Dalil yang digunakan ialah ayat 34 Surah An Nisa’ yang ditafsirkan oleh mereka sebagai larangan Allah S.W.T kepada umat manusia dari mengangkat calon perempuan menjadi wakil rakyat. Ini diakui oleh Naib Presiden PAS YB Salahuddin Ayub semalam mengakui PAS telah membuat “tafsiran semula” terhadap ayat 34 Surah An Nisa’.
PAS juga telah menggunakan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang berbunyi,

“Tidak akan beruntung suatu kaum yang mereka menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita”

Namun begitu, bermula 2004 PAS kembali membenarkan calon wanita bertanding untuk PAS. Ini menunjukkan PAS sanggup memutarkan ayat-ayat hukum di dalam Al-Quran dan menyesuaikan dengan keadaan mereka di ketika tersebut.

Kalau dah ayat-ayat hukum Al-Quran pun sanggup diubah-ubah, habis ceritalah. Kickdefella londeh PAS disini.

“TOLAK PAS, SELAMATKAN ISLAM”

 

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: