Isu ISA – Human Rights Watch diminta perbetulkan dahulu Amerika yang berada di kedudukan paling atas bukan shj kategori melanggar hak-hak manusia sahaja, malah semua jenis hak bukan manusia dan semua jenis hak-hak yang ada. Hak-hak Ptuih.

THE STAR – Cepatkan perubahan akta ISA, kata Human Rights Watch. Lanjut di sini

Pertubuhan daripada New York – Human Rights Watch, mintak Malaysia cepatkan perubahan ISA yang dikatakan menidakkan hak-hak bersuara seseorang individu. Mereka juga mengusul beberapa akta lagi yang patut dikaji semula.

——-

ISA ni undang-undang untuk pencegahan. Ia digunakan sebelum jenayah terjadi. Perihal jenayah tu pulak bukan calang-calang. Jenayah yang mengancam keselamatan negara baru boleh diaplikasikan undang-undang ini. Contoh jenayah ialah kemungkinan pertempuran bersenjata, kemungkinan keganasan yang melibatkan awam, atau apa-apa jenayah lagi yang boleh mengancam keselamatan awam.

CONTOH

Ops Lalang 1987, Polis telah memberitahu Perdana Menteri ketika itu, yang kemungkinan besar akan berlaku pergaduhan antara kaum kerana isu Chinese education yang mana UMNO juga akan melibatkan diri dalam tunjuk perasaan itu.

Orang-orang yang ditahan bukanlah orang-orang parti pembangkang sahaja, malah ahli-ahli UMNO juga. Ini menunjukkan ISA bukan digunakan untuk tujuan politik. Cumanya ada satu parti yang konsisten dalam tunjuk perasaan perkauman.

Tahanan ISA bukanlah didera ataupun di suruh buat apa-apa, cumanya dikuarantinkan. Diasingkan daripada orang awam lain. Bukan disuruh menjadi makhluk asing.

Human Rights Watch dinasihatkan balik ke New York dan letak cermin besar di depan White House. Perbetulkan negara mereka dahulu yang berada di dalam kedudukan paling atas dalam kategori melanggar hak asasi manusia. Bukan setakat manusia sahaja, malah semua jenis hak dan semua jenis makhluk bukan manusia pon.

Apabila kempen “war on terror” di lancarkan oleh Bush dan Bliar, mereka dua-dua ekor tidak teragak-agak untuk menahan “suspek-suspek” dengan tidak disabitkan kesalahan mengikut mana-mana akta pun. Mereka bukan saja-saja tahan nak bagi makan kacang atau kuaci, mereka tahan “suspek-suspek” ini dan diseksa dan ditorture apabila mereka merasakan keselamatan diri mereka diancam. Dalam kata mudah, mereka juga merasakan kepentingan akta ISA tetapi saja meracau-racau tak ketahuan hala, buat-buat tak tau.

Petikan adalah dirasionalkan kembali daripada article blog Tun Mahathir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: