Isu Bazar Tok Guru, lambang kelemahan pentadbiran PAS Kelantan – “Kalau tak tahu mentadbir.. Pak Menteri Besar sila letak jawatan, bersara awal.. kalau tak tahu.. buat cara tak tahu. kahkahkah

 

Setelah digesa oleh blog Kickdefella untuk mendedahkan progress isu Bazar Tok Guru, Ini jawapan Husam Musa Ketua Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri” atau nama panjangnya “PERANCANGAN merembat KEWANGAN dan duit derma KEBAJIKAN rakyat-rakyat NEGERI Kelantan” kepada Sinar Harian. Ini ringkasannya,

“Kerajaan Negeri Kelantan berhasrat membuat pengambilan tanah yang menempatkan Arked Uda bagi membangunkan premis perniagaan sebagai usaha menyelesaikan masala yang dihadapi peniaga kecil di situ.

Menurutnya, Uda Holdings Berhad akan dimaklumkan perkara itu seberapa segera bagi membolehkan ia dimajukan serta mengembalikan fungsi asal membantu perniagaan bumiputera di Bandar Kota Bharu.

Saya anggap peniaga Arked Uda berniaga sementara di Bazar Tok Guru, sebelum bangunan mereka disiapkan di tapak asal, selepas itu lot kedai yang dikatakan kecil itu akan dibesarkan,”  – Sinar Harian 27, Januari 2011

Husam menjawab pertuduhan mismanagement projek Bazar Tok Guru menyebabkan kerugian besar melibatkan a staggering amount of RM50 million! bukan itu sahaja, Pejabat Menteri Besar juga dikatakan tidak menunaikan janji-janji mereka ketika PRU12.

 

MENGAKU PENIPU, PEMBOHONG DAN MUNGKIR JANJI

Paling jelas, dia mengakui yang memang kecil kedai itu, tidak seperti yang dia janjikan. Maka dia bersetujukan membesarkan lot kedai tanpa berdolak-dalik.

LOT KUBANG KUBUR

Lot yang “dikatakan” kecil, bukan bermakna peniaga tak tahu dek untung, atau tak bersyukur. Tetapi  ia bukan sahaja lebih kecil daripada yang dipersetujui. Malah, kecilnya tu.. besar sedikit sahaja dari lubang kubur.

RUGI RM50 JUTA

Sekarang bazar TG dah siap, walau pun penuh dengan cacat dan cela dikatakan untuk menempatkan 2-2 kelompok peniaga. Dengan membina Bazar Tok Guru pulak, Pejabat MB telah rugikan sejumlah wang RM50juta. Mengapa projek yang hanya bersifat sementara sahaja boleh kerugian RM50 juta? Soalnya, dimanakah leaking di dalam proses ini, dan kemanakah pergi duit sebanyak itu, dan mengapa.

KEMUNGKINAN BERLAKU PENYELEWENGAN

Jika betul berlaku kesilapan daripada pihak Pejabat Menteri Besar berkenaan pentadbiran isu ini, Pejabat Menteri Besar haruslah mengaku bersalah! dan meminta maaf! Mesti juga disiasat kalau-kalau ada penyelewengan wang atau salahguna kuasa.

MENGANIAYA UDA HOLDINGS UNTUK MENUTUP KESALAHAN PEJABAT MENTERI BESAR

Dah dibuat bazar sementara, nak diambil pulak tapak Arked Uda. Udah la kacau perancangan pihak Uda Holdings, dipaksa ambil pulak. Memang urusan rakyat didahulukan, tetapi masalah ini bukan hal perbuatan rakyat dan tak sepatutnya timbul. Kesalahan ini kerja perbuatan Pejabat Menteri besar. Ini menunjukkan kelemahan pentadbiran pejabat Menteri Besar. Dah la tu, semasa memberitahu Sinar Harian, Husam masih belum memberitahu pihak Uda Holdings. Dia kata Uda Holdings Berhad akan dimaklumkan seberapa segera..

MEMBAZIR WANG RAKYAT DIBELANJAKAN UNTUK PAMPASAN DIATAS KESILAPAN PEJABAT MENTERI BESAR

Nak diambil tanah bukan boleh diambil saja, nak kena bayar pampasan. Kita tak bising kalau bukan untuk rakyat, tapi ini merugikan duit rakyat. Masalah ini dibuat oleh pejabat Menteri Besar, Bukan masalah yang dibuat rakyat. Pembaziran namanya tu.

MEMBAZIR LAGI UNTUK MEMBESARKAN LOT BAZAR TOK GURU

Bila pembinaan bangunan di tapak Arked Uda siap, nak kena besarkan tapak di Bazar Tok Guru. Kos nak besarkan bukannya murah. Kos nak membesarkan pun hampir sama dengan nilai pembinaan itu sendiri. Kerena melibatkan kos musnah, dan juga bina. Tak boleh nak besarkan terus kalau tak pecahkan dinding lama.

PENIPUAN PERIHAL BAZAR TOK GURU BERSIFAT SEMENTARA

Ini adalah persoalan-persoalan yang timbul daripada respond Husam Musa yang ditemu bual Sinar Harian. Tetapi blog Kickdefella menegaskan yang itu adalah PEMBOHONGAN semata-mata. Soal Bazar Tok Guru sebagai bersifat sementara tak pernah ditimbul di dalam perjumpaan-perjumpaan sebelum ini. Didedahkan bersamanya dokumen-dokumen laporan minit pertemuan dan sessi dialog diantara si Husam Musa dengan wakil-wakil peniaga untuk menyokong kata-katanya itu.

 

——-

 

Husam tidak boleh dengan senang-lenang mengusul penyelesaian sahaja, tetapi menjawab isu-isu yang disabitkan keatas projek ini. Rakyat menjadi berbulu apabila Pak Menteri Besar telah berlakon innocent dengan mengeluarkan kenyataan kepada Sinar Harian, 26 Januari 2011,

isu Bazar Tok Guru sengajakan dipolitikkan pihak tertentu sedangkan Kerajaan Negeri berusaha membantu peniaga.

Kalau dakwaan blog Kickdefella benar, maka ini membuktikan yang dah la SELEWENG, lindung pulak dengan PEMBOHONGAN, justifykan bohong dengan PENIPUAN!

Ini bukan soal kecil! Ini soalan bernilai meliyon, meliyon ringgit wang rakyat, wang tuan tuan. kalau tak tahu mentadbit.. Pak Menteri Besar sila letak jawatan, bersara awal.. kalau tak tahu, buat cara tak tahu. Rakyat tak perlu risau, Tok Pa ada. kahkahkah Lagipun Pak Menteri Besar dah lakukan banyak kerosakan kepada negeri!Lagipun pulak.. awal pun tak awal sangat pun.. dah berkulat punggung dia dengan kerusi tu.

Lagi satu, mana laporan audit? Lebih lanjut dan bukti dokumentasi di kickdefella – “Husam Telah Menipu Sahabat Dan Rakyat”

 

“TOLAK PAS, SELAMATKAN ISLAM”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: