PRU12 PAS manis mulut, lembut lidah menabur janji! SEKARANG angkuh, kurang ajar, menghina peniaga-peniaga kecil dan melayan mereka seperti peminta sedekah! HARAMJADAHAPAKAHINI!!??

cover vcd yang diedarkan oleh PAS, yang memuatkan penjelasan nik amar versi kerajaan negeri

RINGKASAN CERITA

peniaga-peniaga kecil di bazar mpkb, dan arked uda tidak sama sekali mahu meminta-minta atau menimbulkan masalah. perkara ini timbul apabila kerajaan negeri menabur janji untuk memperbesarkan lot kedai sewaktu berkempen untuk PRU12. sehubungan dengan itu MOU pon ditandatangani oleh kedua-dua pihak 2 hari sebelum PRU12.

akan tetapi, macam-macam masalah timbul — selepas pejabat menteri besar kelantan (pmbk) melantik sensa timur menjadi pemaju, seperti masalah perubahan saiz kedai, perubahan harga kedai, usul membesarkan lot kedai semula, usul pengambilalihan tanah uda holdings, perubahan kedudukan tingkat peniaga dan lain-lain.

setelah begitu banyak masalah yang timbul dan kelihatan tersepit dengan masalah mismanagement yang terhasil akibat buatan sendiri, pihak kerajaan negeri tiba-tiba menyalahkan kumpulan peniaga-peniaga kecil ini.

kemuncaknya pada 28 Januari 2011 bila dato’ nik mohd amar, timbalan pesuruhjaya III PAS kelantan, pada pertemuan dengan peniaga-peniaga kecil tersebut yang bertempat di medan ilmu jalan dato’ pati, bertindak angkuh, kurang ajar, menghina para peniaga, malah dilihat tiada minat nak menjernihkah keadaan. dia memburukkan lagi keadaan dengan menyalahkan para peniaga dan melayan mereka seolah-olah mereka ini meminta-minta sedekah.

“..peniaga kecil kena fikir dengan otak soal harga, jangan fikir dengan kepala lutut,..

..seperti biawak pasir,..

..kalau kerajaan Negeri buat pekak badak, apa akan jadi dengan peniaga arked uda jika dihalau oleh uda holding?..” – Dato’ Nik Mohd Amar

inilah sifat kurang ajar pemimpin PAS. setelah cerita-cerita tentang masalah projek ini tersebar luas di kota bharu dan di internet, dan setelah tersepit dengan masalah buatan sendiri, kerajaan negeri mengambil langkah melepaskan diri sendiri. mereka menyalahkan pihak peniaga dengan menuduh dengan pelbagai tuduhan. orang-orang awam yang mendengar cerita ini sekadar cerita atas cerita pasti juga menyalahkan peniaga jika mendengar penjelas vcd nik amar.

baca lanjut bersama kenyataan akhbar persatuan peniaga di sini

 

“TOLAK PAS, TOLAK PENINDASAN, TOLAK PENYALAHGUNAAN KUASA”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: