para pengundi.. mari kita kenang malaysia.. selepas merdeka dan nep,.. selepas tun razak dan mahathir,.. selepas hanya satu generasi..

50 tahun sejak merdeka, tidak banyak negara yang boleh mendabik dada mengatakan pencapaian mereka sama seperti malaysia. jarang pula yang melepasi benchmark pencapaian malaysia.

rakyat dikala awal merdeka hanya bekerja sebagai petani, dan nelayan. selepas dasar membina modal insan yang banyak memberi biasiswa untuk rakyat belajar ke luar negara dan membina universiti dan institusi pengajian tinggi tempatan..

maka wujudlah generasi pertama professional negara.akibatnya.. kita mempunyai arkitek, doktor, engineer sendiri. mereka ini, ada yang sekarang orang kuat kerajaan, ada yang menjadi orang kuat pembangkang.. ada yang tak berpendirian yang dah lupa orang yang menaja mereka belajar dahulu.

dengan banyak cacat-cela dan kekurangan maka lahirlah graduate dari institusi tempatan yang dengan segulung ijazah boleh memegang jawatan bergaji eksekutif. mungkin banyak pihak mempertikaikan kualiti pelajar dengan lambakkan universiti-universiti sekarang. kita mempunyai universiti paling banyak mengikut ratio bilangan penduduk dengan bilangan universiti.

ramai bertanya.. kualitikah anak muda lepasan universiti tempatan? mampukah mereka menanggung bebanan kerja yang mencabar kalau tidak mempunyai keluar dari universiti oran putih yang berusia ratusan tahun? ahh.. apa dipedulikan kata orang! anak kita! lagipun, apa lagi yang kita boleh buat? kita tidak mencipta teknologi enjin, perubatan, it, untuk dibanggakan. teknologi perlombongan yang ada pon.. orang putih yang punya.

walau tak dibuat negara orang, walau dikecam orang sendiri, kita bina universiti dan institusi pengajian tinggi, bertungkus-lumus mereka hingga berlambak-lambat macam sekarang. ini adalah membesarkan lagi peluang anak-anak muda lepasan SPM untuk berusaha memperoleh sijil masing-masing. kita melawan arus. ini kerana kerajaan faham yang kualiti atau tidak, dengan berbekalkan sijil, diploma, ijazah sahaja yang melayakkan golongan muda memegang apa-apa jawatan.

kita kenang kembali asal kita di kala baru merdeka, nelayan dan petani. adakah anak-anak mereka ini akan diberikan kerja tanpa sebarang sijil pengajian tinggi? hanya pemimpin Barisan yang mempunyai kelancangan perbuatan dan pemikiran untuk membina masa depan negara kita.

dasar kita.. tidak tunduk kepada amerika. itu yang diajar oleh mahathir. buy british last, look to the east katanya. diajar kita untuk percaya dengan kemampuan diri sendiri. malaysia boleh! itu kata mahathir supaya kita ingat sampai mati. pergi mampus orang putih! pergi mampus orang yahudi! itu yang diajar mahathir!

mahathir.. tak pernah kulihat pemimpin besar yang menitiskan air mata.. dikala menceritakan masalah bangsa.. mengenang bangsa yang belum sadar.. mengenang kudrat yang terbatas.. kiniku faham.. terima kasih tun. terima kasih wahai pejuang bangsa.. terima kasih ayahanda.

marilah kita sama-sama membangunkan negara malaysia yang tercinta dengan barisan nasional. kalau ada ketidakpuasan hati, baikilah dari dalam parti. ini parti kita, ini parti rakyat malaysia. hidup barisan! hidup malaysia!

 

“DAHULU, KINI, SELAMANYA”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: