hari ini lagi sekali melayu bangkit! bangkit menentang kezaliman Dap! bahang sentimen kecinaan jelas terasa di penang sekarang.

 

gerai kecil melayu diroboh walau notis belum tamat tempoh. kedai cina yang juga berada di tempat yang sama tidak pula diroboh. operasi merobohkan kedai ini adalah kesan daripada laporan kedai pendatang asing yang beroperasi di situ. juga digabungkan ialah jabatan bekalan air yang operasi mencegah penyambungan haram.

apa yang patut dilakukan ialah pba dan mpsp, datang berbincang dengan wakil peniaga di kawasan berkenaan. maklumkan masalah dan cari jalan penyelesaian. tetapi yang sampai hanyalah notis. tiada ruang untuk berbincang.

ini adalah cara dap menghapuskan peniaga kecil melayu secara sistematik. mereka menggunakan undang-undang yang sah dan memberi alasan yang kononnya mereka hanya menjalankan tugas mereka.

saya pasti dap mentertawakan melayu pulau pinang di kala ceramah-ceramah mereka kepada kalangan cina penang sekarang. merobohkan gerai melayu di dalam operasi benteras gerai pendatang. DAP yang famous dengan ayat mereka, ‘melayu juga pendatang di tanah melayu’ “kita kasi angkat ini pulau”

gelak mereka pasti lebih besar apabila melihat melayu protes tadi pagi sebab mempertikaikan kenapa gerai malayu sahaja diroboh. dan mempersoal mengapa kedai cina tidak diroboh bersama. gelak besar mereka mengenang kuasa kebal mereka sekarang. tambah pulak guan eng lansung tak layan protes peniaga-peniaga melayu di taman pelangi, juru, tersebut.

lagi besar gelak mereka apabila guan eng merobohkan gerai-gerai itu dengan langsinya tanpa mengikut prosedur. seolah-olah bertanya “yes, i did that. apa lu mau bikin?”

ahli dap makin percaya dengan janji anwar memberi kuasa autonomi keatas penang kepada dap. kali ini mereka betul-betul pasti yang mereka akan dapat satu lagi pulau. ini adalah kejayaan kedua dap selepas kejayaan mendapatkan singapura sewaktu bergelar pap. khabar angin tentang janji autonomi anwar sukar dipercayai, tetapi kali ini anwar nampaknya seperti menunaikan janjinya.

kawasan tersebut di dalam parlimen p.ramasamy, yang juga timbalan ketua menteri II pulau pinang.

hari ini, kita lihat lagi orang melayu bangkit! protes daripada peniaga-peniaga melayu yang mahu menuntu keadilan di atas gerai mereka yang di roboh oleh Dap penang. TAHNIAH melayu pulau pinang! kerana bangun menentang keangkuhan dap. moga terus bangkit! bangkit menentang rejim parasit dap! takkan melayu ditundukkan di bumi sendiri! bangunlah dan lawan menentang!

lagi, laporan MIM sini beserta gambar-gambar.  laporan juga sini, dan sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: