GEMPAR! BERJUDI HARAM DI KELANTAN, TAPI HALAL JIKA DIBELI DI PREMIS KRONI-KRONI TERPILIH!

di hadapan premis judi ‘halal’

Pas dengan kembang hidung, bangga mencanangkan kepada umum yang judi di kelantan tidak wujud, dengan kerajaan negeri tidak memberikan lesen untuk operasi. tetapi sebenarnya judi ada dan beroperasi di kelantan .

SEKONGKOLAN PAS YANG SENANG KENA JUAL

para sekongkolan Pas mungkin berkata, itu operasi haram dan kerajaan N.ajis tak tahu. tapi, blog kickdefella mendedahkan yang Pas negeri mamang tahu mengenainya.

ceritanya begini, pihaknya ada bawak bukti iaitu tiket loteri yang dibeli di kota bharu kepada exco kerajaan negeri, dato’ takiyuddin pada 3 julai 2010. kita ringkaskan namanya kepada dato’ keyo.

HARAM JUDI DI KELANTAN, TAPI PAS HALALKAN JUDI DI PREMIS KRONI-KRONI

dato keyo menjawab dengan jawapan standard Pas sejak 90-an iaitu ‘kami memang tak pernah luluskan lesen judi’. TAPI dia kata kerajaan negeri ada memberi kelonggaran untuk operasi judi kepada kedai-kedai terpilih.

itu kata tersuratnya. yang tersirat ialah mereka memang bagi ‘kebenaran operasi’ kepada premis kroni-kroni. kalau ‘kebenaran operasi’ di negeri lain berbentuk lesen, tapi di kelantan ‘kebenaran operasi’ ada, tapi cumanya bukan berbentuk lesen.

maksudnya mudah, memang judi haram di kelantan, tapi halal kalau beli di premis-premis terpilih berdekatan dengan anda.

MUNGKIN ADA SUAPAN DARIPADA KRONI-KRONI YANG MONOPOLI OPERASI JUDI KELANTAN

kalau ‘kebenaran operasi’ berbentuk lesen diberi dengan pembayaran harga lesen, tidak mustahil ‘kebenaran operasi’ di kelantan juga ada melibatkan pembayaran ansuran mudah daripada kroni-kroni kerajaan negeri.

KELANTAN MERAKYATKAN JUDI

Pas yang mahu dilihat super ‘alim’ dengan tidak mengeluarkan lesen judi. tetapi dek kerana nak nampak alim, Pas sebenarnya merakyatkan judi di kelantan. operasi judi jenis big sweep berleluasa dan operasinya lebih terdedah kepada umat islam.

menurut laporan utusan, Gan, pemilik  kedai buku yang kedainya menjadi ‘port’ big sweep berkata, dia telah lama bergiat cergas di dalam industri menjual tiket loteri di kelantan sejak puluhan tahun lalu dan boleh berbangga kerana tidak pernah dikenakan sebarang tindakan.

kalau di negeri lain, sesiapa nak berjudi diasingkan menjadi makhluk asing di premis khas yang tidak terdedah kepada umat islam. tetapi di kelantan, judi big sweep boleh dibeli di tempat awam, even di kedai buku pun. ini yang dimaksudkan mendedahkan umat islam kepada transaksi judi yang sepatutnya diasingkan.

manakala judi empat nombor ekor pula beroperasi dikedai-kedai ‘terpilih’ (kroni la tu, tak paham-paham?) sahaja sejak 20 tahun.

pendedahan awal oleh kickdefella. sila click untuk laporan asal beserta gambar2 berwarna lagi menarik hati, di sini.

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: