Meratapi Penyalahgunaan Hak Bersuara, Apabila Malaysia Disalahkan Dengan Isu Kasta Yang Digunapakai Di India.

Mengulas peristiwa tertangkapnya 7 orang pemimpin HRP di Lunas, Kedah.

hal pertama

isu yang hindraf bangkitkan – interlok menghina kaum india, kerana mengandungi rujukan kepada satu kasta didalam masyarakat india iaitu “kasta pariah”.

ini kes pelik. kalau mereka marah dengan kasta di india. buat petisyen, pergi tunjuk perasaan di india. tunjuklah betapa itu menghina kaum mereka atau rasis. kenapa perlu marahkan novel yang hanya petik isu tersebut?

interlok hanya petik budaya di india. dan gambarkan betapa ia tiada di malaysia. malaysia tidak mengkelaskan mereka ikut kasta seperti di india. novel itu ceritakan hal betapa mereka patut syukur berada di malaysia.

jadi bila disebut paria di malaysia tak perlu terasa. tiada siapa-siapa tahu pun yang siapa paria dan siapa tidak.

hal kedua

semalam, 7 pemimpin hrp ditangkap. sebabnya berkumpul tapi tiada permit. macam-macam cerita ada. baju suci ada. isu kopiah ada.

sebenarnya tak perlu kelam kabut, polis tak beri permit ada sebab. sekarang ada panel bebas dilantik untuk berbincang. sini. ini cara kerajaan cari jalan selesai. jadi tiada keperluan untuk berbising soal ini, buat masa sekarang.

tujuan sebenar bising untuk kasik kerajaan dengar. kerajaan bukan sahaja dah dengar.. malah dah ambil tindakan pun. kenapa perlu bising lagi? tunggulah keputusan. kalau tak puas hati. usul rayuan atau bantah.. baru bising semula.

jangan langgar peraturan. jangan batu besar dudok atas kapla, macha. mereka pergi sana sini bawak slogan hak asasi manusia. sepatutnya mereka arif perihal hak orang juga.

kalau orang lain ikut peraturan di negara ini. apakah lebih hak mereka untuk tak ikut peraturan? apakah hak mereka lagi penting daripada hak orang lain nak hidup aman?

hal ketiga bersambung..


2 Trackbacks to “Meratapi Penyalahgunaan Hak Bersuara, Apabila Malaysia Disalahkan Dengan Isu Kasta Yang Digunapakai Di India.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: