Dah Lama Tak Pegang Gelas Teh Tarik Sambil Memuji Respect Kepada Semangat Juang Melayu. Tapi Hari Ini, Azizulhasni Membuat Aku Bangga Menjadi Saudara Sebangsa. TEH TARIK JOMM!

azizulhasni awang, pelumba basikal negara, membanggakan malaysia semalam di cycling world cup track, manchester. respect!  memang hero!

azizulhasni berlanggar dengan empat lagi pelumba pada kelajuan tinggi. beliau yang jatuh, bangun semula bersama serpihan kayu masih tercucuk di betis dan menamatkan pelumbaan di tempat ketiga acara kierin final.

dia terus dibawa ke hospital dan terlepas acara penyerahan pingat gangsanya di podium. pingat gangsa itu sudah cukup untuk dia menang emas kierin series title.

ini memang peristiwa paling heroic dalam sejarah sukan dalam dekad ni. untuk bercakap ‘jangan putus asa’, dan ‘berjuang hingga ke titisan terakhir’ memang senang. kalau jatuh, bangun balik satu hal. tapi ini jatuh dengan high speed, kulit melecet tangan dan kaki, serpihan kayu — yang tak kecil jugak — sekali melekat! alahmak ai.

lama tak pegang gelas teh tarik, sambil sembang isu semangat perjuangan melayu yang tinggi. last sekali mungkin sembang dengan bekas tentera lawan komunis. mungkin team bola aff suzuki boleh selit sipi-sipi kot.

aku rasa bangga sebagai saudara sebangsa dengan azizulhasni! azizulhasni, lu terbaik! memang terbaik, kalau majlis sukan buat reception hero sukan malaysia untuk azizulhasni di airport nanti.

laporan associated press, sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: