MP Balik Pulau Masih Tak Faham Suara Rakyat, Tak Habis-Habis Dengan Pelajaran Warisan. Kalau Tak Faham-Faham, Dungu Tak Boleh Ubat, Letak Jawatan, Bersara Awal, Bagi Kepada Barisan Selesai Masalah.

dia ni tak habis-habis dengan pelajaran warisan.

sumber video

pertama sekali, dia tak perlu risaukan Umno dalam cerita ni. lagi penting untuk mendengar suara rakyat. rakyat yang berikan undi dan tanggungjawab kepadanya untuk mendengar masalah mereka.

nampak gayanya, dia sampai kesudah tak paham-paham suara rakyat. isunya bukan cara di sampaikan isi — iaitu cara pelajaran warisan — tapi isi itu sendiri. rakyat suarakan yang isi buku itu salah dan satu pembohongan.

kalau dia tak faham-faham, asyik dengan isu pelajaran warisan tak habis-habis, elok dia letak jawatan dan bersara awal. bagi kepada orang yang faham dan yang terbuka mahu fahami apa yang rakyat suarakan.

PEMBOHONGAN BERBEZA DENGAN KELEMAHAN

adalah salah bagi segala fakta yang tak betul di dalam ‘my balik pulau’ disimpulkan dan disebut sebagai ‘kelemahan’.

ada beza jelas antara penipuan dan kelemahan. siapa yang budak ni nak bohong?

kalau dia akui ada kesilapan — ikut katanya kelemahan — maka arts-ed perlu mohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung. sila buat pembetulan kepada kesalahan, dan publish semula.

KERAJAAN NEGERI HARUS BERTINDAK

disebabkan kerajaan negeri telah mengaku tidak bersekongkol dengan arts-ed, maka, kerajaan negeri mesti siasat kenapa mereka berbuat demikian. rakyat berhak tahu apa kebenaran sebenar.

kerajaan negeri mesti ambil tindakan keatas arts-ed, kerana pakai logo kerajaan negeri tanpa kebenaran. lagi buruk, mereka telah menghantar mesej yang salah kepada rakyat dan akan mempalitkan imej pembohong mereka kepada kerajaan negeri.

melainkan kerajaan bersetuju dengan isi kandungan buku pembohong itu, kerajaan harus bertindak. arts-ed harus diambil tindakan berat. agar perbuatan ini tak diulangi sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak.

TERJEMAHKAN MARAH MELALUI UNDI

bahasa melayu mudah pun MP balik pulau tak paham-paham. boleh jadi, kecik-kecik dulu makan semut banyak. kepada rakyat balik pulau, tak payah nak pening kepala. afundi keluar sahaja budak ni di pilihanraya akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: