ISU LIBYA PART 2: Mengkaji Kebenaran Tunjuk Perasaan. Adakah Benar Revolusi Rakyat Atau Hanya 2,3 Kerat Rakyat Yang Diperdaya Menjadi Pengganas Oleh Amerika?

ingat ucapan ‘syahid’ gaddafi? mari ketahui sebab pemilihan tempat ini

ini ialah bekas kediaman rasmi presiden. disini pernah dibom oleh US air force pada 1986. dan dia berjaya lepaskan diri. dia sengaja tidak repair. dibiar berdiri lusuh dan kopak sana sini. sebagai simbol kepada rakyat libya. supaya mereka ingat bahaya ‘orang luar‘.

tapi ini juga sombol libya mampu lawan amerika untuk pertahan tanah sendiri. ini simbol kebanggaan. ini simbol gaya, mutu, keunggulan gaddafi.

kes gaddafi macam fidel castro dan che guevara di cuba. fidel umur 32 time jadi ketua revolusi cuba. lawan amerika untuk pertahankan tanah tumpahnya darah mereka. tanah warisan nenek moyang yang dicinta. gaddafi umur 27 ketika jadi ketua revolusi libya.

tengah 80an amerika serang libya. berbagai sebab amerika mainkan. situasi sama seperti amerika pasang alasan nak masuk iraq dan afghanistan pada awal 2000. alasan tak ada orang yang pasti. tapi kesannya jelas. amerika control minyak di iraq dan pipeline di afghanistan dan letakkan boneka jadi pemimpin.

 

perkara pelik tentang tunjuk perasaan di libya.

penunjuk perasaan tidak nyatakan apa tujuan mereka. apa sebab mereka tunjuk perasaan.

adakah alasan mereka sama dengan mesir/turnisia? mari kita kaji

UN laporkan makanan di rantau arab dan afrika harga makanan naik. tahap paling tinggi dalam sejarah terdekat.

 

orang mesir bayar 60% pendapatan mereka untuk makanan. makanan mahal sekalipun, kalau ada duit takde hal btul?

apa masalah penyumbang lain?

lebih 40% rakyat mesir hidup miskin.nak kerja.. tak ada peluang kerja, sebab kerajaan tak cari fdi.nak meniaga.. kerajaan tak jaga ekonomi, meniaga tak jalan.nak tukar pemimpin ikut demokrasi.. undi tak laku.

kita tak heran sebab mubarak memang pro israel.

tapi adakah benda yang sama jadi di libya? mari kita kaji

  • rakyat libya yang miskin:  7.4% (data 2005) *bezakan % mesir
  • inflasi barang pengguna:  3% (data 2010), 2.4% (2009)
  • kekukuhan matawang – Libyan dinars (LYD) per US dollar – 1.2648 (2010), 1.2535 (2009)

 

malah kemudahan sosial lagi bagus daripada malaysia. semua rakyat ada pencen. semua orang bekerja diinsurankan. medical free. rakyat tak perlu bayar bil perubatan. bagi kes kecacatan, kecederaan ketika kerja, kematian dan beranak ada imbuhan kewangan diberikan. semua rakyat berhak dapat. pampasan kematian akan diberikan kepada waris. semua rakyat berhak dapat.

harga makanan disubsidi. inexpensive housing. hospital dan sekolah percuma. banyak pula subsidi dibagi kepada rakyatyang tak ada kerja. pusat jagaan kanak-kanak adalah percuma. ini semua difinancekan oleh untung kerajaan jual minyak dan duit zakat dan sedekah.  ini juga konsep profit-sharing (untung jualan minyak) yang diamalkan oleh kerajaan libya.

kenapa rakyat libya memberontak? artikel akan datang akan melaporkan jawapan daripada pihak gaddafi. disebalik berita lencongan media barat.

sumber 1, sumber 2, sumber 3

2 Trackbacks to “ISU LIBYA PART 2: Mengkaji Kebenaran Tunjuk Perasaan. Adakah Benar Revolusi Rakyat Atau Hanya 2,3 Kerat Rakyat Yang Diperdaya Menjadi Pengganas Oleh Amerika?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: