Pembangunan Modal Insan Versi Tun Razak, Tok Det : Kunci Kejayaan Malaysia Berjaya Keluarkan Rakyat Daripada Lower Class Income 50 Tahun Lebih Awal

malaysiaku.. tanah tumpahnya darahku

rakyat malaysia 70an hanya petani, nelayan. peladang, pelombong. majoriti lower class. ada yang tak mampu biaya anak ke sekolah pun. jadi macam mana anak-anak ini nak menjawat jawatan di posisi eksekutif?  syarikat mana yang akan gajikan anak-anak pelombong/petani yang sekolah tahap srp ni?

maka, malaysia bina banyak universiti dan kolej-kolej, yang kemudiannya, juga menjadi universiti. ini tak dibuat di negara lain. dan tak pernah dibuat di negara lain. banyak syarat, kerja dan duit untuk bina univerisiti. yang lebih pandai, disponsor untuk belajar di negara. belajar kepandaian orang putih. untuk lawan orang putih kelak.

tun razak.. ayahanda pembangunan

orang kecam pembinaan univerisiti terlampau banyak. tiada prestij. studen yang dihasilkan tiada kualiti. tapi kerajaan dengan berani, semangat nak membangunkan anak-anak muda negara.. tekad.

apabila mereka punyai sijil, diploma, ijazah, mereka layak untuk posisi eksekutif. tak kira cgpa mereka, repeat brapa paper, kepujian atau tak, ijazah mereka kelas brapa.

dengan banyak kerja yang akan dihasilkan kelak, anak-anak ini akan berpeluang.. peluang yang berharga untuk merubah nasib keluarga. mengeluarkan diri daripada lower class income. kita tak perlu disuap dengan jawatan untuk setiap warganegara. apa yang kita perlu hanya peluang.

kita bangga dengan kerajaan.. yang melawan arus, tebalkan muka, rela dikritik, berani untuk buat benda yang tak dibuat orang.. tekad membangunkan anak mudanya. memang kita banyak kelemahan. banyak kesalahan. tergadai singapura, pulau batu putih, blok l dan m, limbang.. kita negara muda. baru 50an tahun umurnya. sama-sama kita bangunkan. penyakit jangan hanya dicerca. tetapi dicarikan ubat.

masalah negara negara miskin dan negara membangun

kebanyakkan negara-negara yang merdeka tahun 30an, 40an, 50an,  tergolong dalam negara ini jika tidak dibantu yahudi amerika. masalah standard ialah rasuah. ini adalah perkara biasa disemua negara ini. adakah kebetulan?

negara-negara ini  miskin dan majoriti rakyat miskin. rakyat tidak terdedah dengan demokrasi dan hak-hak asasi manusia. dengan kekayaan negara yang ada, dan tiada pantaun dan watchdog, maka mereka mula terbabas.. bermula dengan a slice of cake when nobody sees.

bagi aku ini bukanlah kebetulan. ini naluri manusia yang lemah. tunduk godaan yang maha hebat. dan tiada manusia yang sempurna. banyak negara kaya, tapi rakyat tak terbela. ini kritikal. tapi tidak di malaysia. rasuah mungkin.. tapi hak rakyat tidak pernah dilupakan. tambahlagi bumiputera.

malaysia antara negara yang paling banyak pemberian subsidi. banyak peluang kerja kerajaan. banyak univerisiti, sekolah. rasuah ialah sebenarnya bukanlah tahap masalah di malaysia. ia cuma kelemahan yang boleh dibaiki.

masalah terpelajar yang menggelikan hati

anak muda sekarang dengan mudah mengkritik kesilapan golongan pemimpin dahulu. contoh salahkan tergadai pulau pinang dengan kontrak bulan bintang.. pemimpin dahulu.. mereka diperdaya. mereka tak berpengalaman. mereka tiada rujukan. tak berpeluang belajar foreign relation, politics, economics, bla bla. strategic planning, critical thinking, eq, iq  hehe

kamu yang pandai ni pun atas jasa baik kerajaan tubuhkan banyak univerisiti. sekarang rata-rata anak muda pernah merasa belajar tahap pengajian tinggi. bila dah pandai sikit, dikutuknya orang dahulu. kalau betul kamu pandai, buat sesuatu sumbang kepada negara. usulkan polisi baru, penemuan baru, kajian baru, teknologi baru. kalau takat belajar di universiti kerajaan, kerja digaji kerajaan.. hentikanlah.

tun mahathir.. ayahanda pemodenan

apa pentingnya memiliki professional bangsa sendiri?

tokdet sangat pentingkan isu ini. terbaru ialah isu uranium enrichment di malaysia. dia cakap kita takcukup pakar. tak payahlah bina. mengapa tak boleh import pakar luar? digajikan sahaja? nasihat mereka tidak ikhlas dan tak boleh dipercayai. apa yang patut dibuat ialah import pakar luar dan latih professional tempatan untuk menjadi pakar uranium.

ini sangat jelas berhasil ketika krisis ekonomi 1997. tokdet perlu cadangan, nasihat dan pandangan yang betul dan tepat untuk membuat keputusan. hasilnya, tokdet pilih jalan sendiri, bukan jalan imf. dia dikritik hebat oleh penasihat dan pakar luar. dunia terpegun saksikan keberanian negara kecil ini berdikari.

bukan apa.. nasihat orang luar ni mungkin pre-mature, lepas batuk ditangga, mungkin mudah dicemari pengaruh lain. mereka beritahu apa yang mereka fikir kita perlu tahu. kita tak tahu agenda mereka, dimana loyalti mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: