Kes Kematian Murid 7 Tahun: Salah Pemimpin PAS Perlis Yang Tak Ambil Pusing Perihal Tanggungjawab Ustaznya. Atau Ustaz Yang Tidak Berperi Kemanusiaan dan Menyalahgunakan Kuasa?

ustaz Pas yang dipertanggungjawabkan tidak layak. malah tidak waras. PAS mempertanggungjawabkan ustaz-ustaz  yang tak layak, ini menampakkan Pimpinan PAS Perlis tidak ambil peduli dengan kebajikan dan keselamatan anak-anak kecil kita. Sifat endah-tak endah ini malang sekali telah meragut satu nyawa murid cilik. kita sangat kesal dengan kejadian ini.

aku tak faham kitab ajaran sesat manakah yang dirujuk oleh ustaz sekolah ini, ataupun ustaz itu  tidak berada di dalam kondisi mental yang stabil? mabuk? isap ganja? isap gam?

murid cilik ini dibunuh dengan kejam oleh sekolah PAS ini. diikat dan dipukul sampai mati. bayangkan tubuh yang kecil, meronta-ronta meminta dilepaskan, menjerit dirinya tidak bersalah.. tapi tidak diendahkan oleh si ustaz.

“Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kelmarin selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis lalu ketika menyiasat kes kecurian.”

ini adalah masalah orang-orang PAS, kalau nak menilai.. tidak dilihat bukti, tidak dilihat saksi, tidak dinilai kata-kata mangsa.. hanya yang didengar adalah kata hati dan nafsu. apakejadahnya cikgu ini. apa yang didendamkan sangat dengan arwah si kecil tu? mengambil tindakan dalam tangan sendiri adalah satu perbuatan yang paling tak bertanggungjawab.

ustaz yang dipertanggungjawabkan nyawa sikecil ini sepatutnya menjaga keselamatan dan kebajikan, tapi dia pulak menyalahgunakan. harapkan pagar.. pagar pulak haramjadah.. pertanggungjawabkan tikus jaga padi.

sekolah PAS itu patut ditutup sehingga siasatan kes jenayah berat polis selesai dijalankan.

al-fatihah untuk arwah si cilik, adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee.

One Trackback to “Kes Kematian Murid 7 Tahun: Salah Pemimpin PAS Perlis Yang Tak Ambil Pusing Perihal Tanggungjawab Ustaznya. Atau Ustaz Yang Tidak Berperi Kemanusiaan dan Menyalahgunakan Kuasa?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: