KELANTAN : Bekalan Air Bersih Atau Stadium Baru?

aku ingin persoalkan, bagaimana kerajaan Yang Berhormat N. ajis boleh buat ‘silly’ mistake memilih utk bina stadium, walaupun isu krisis air bersih di kelantan dah berpanjangan selama 20 tahun dan dibiar berpanjangan hingga 2017.

tidakkah membina stadium baru yang bernilai ratusan juta adalah pembaziran, apabila kemudahan paling basic masih tidak dapat dipenuhi? rakyat hairan bagaimana keputusan ini boleh diambil? adakah YB N. ajis lupa yang air perlu digunakan untuk bersuci untuk beribadat dan juga makan, minum untuk kehidupan seharian? bagaimana YB boleh tenang hati beribadat jika rakyat dibiarkan beribadat dengan bersuci menggunakan air berkarat, berkeledak?

rakyat bayar utk bil air, bukan mintak ihsan derma kerajaan negeri untuk keperluan air mereka. tidakkah itu tanggungjawab kerajaan untuk berikan nilai dan servis terbaik kepada rakyat?

isu air di kelantan adalah bukan isu baru, dah 20 tahun dah. malah rakyat dah berprotes banyak kali dahh. antaranya ialah pada Apr 10, 2011 iaitu seramai 200 orang. sumber. isu ini juga telah disound tepet oleh seorang wakil rakyat PAS kelantan sendiri.

.

abdul fatah haron (PAS-bukit tuku) berkata akibat masalah itu menyebabkan penduduk marah dan kecewa dengan AKSB (syarikat air kerajaan negeri PAS kelantan) kerana gagal dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan penyaluran air bersih kepada mereka. sumber

menurut sumber wakil kerajaan negeri pula berkata, pada 2009 sebanyak 436 kes paip pecah telah dilaporkan di kelantan. sebahagian besar paip air di Kelantan telah lama dan ada yang berusia hampir 20 tahun menyebabkan berlakunya air berkarat. dan hingga may 2011saja ada dua gangguan bekalan air di kelantan. iaitu pada januari sumber, dan april, sumber.

setelah berguni-guni laporan kes gangguan bekalan air dan isu air berkarat, barulah wakil kerajaan kelantan tampil dengan plan baik pulih paip selepas 20 tahun, iaitu hanya pada 2010.

walaupun TELAH TERIMA bantuan RM520 juta daripada kerajaan pusat. jumlah itu diberikan dalam tempoh 10 tahun bermula tahun 2001 hingga Disember 2010. sumber

exco kerajaan negeri PAS — datuk anizam abdul rahman, pula kata masalah air negeri hanya akan selesai pada 2017. sumber. kalau negeri lain kaya, maju dikatakan rasuah, kroni, duniawi. tapi jika PAS dengan bajet RM520 juta perlukan 27 tahun, untuk settle masalah air negeri, dikatakan islam.. haihh lu pikey la sendiri.

.

2020 malaysia dah nak jadi negara maju, kelantan baru nak settle masalah air. masalah di afrika ja isu ni.

.

dimana logiknya?

air iaitu keperluan asas untuk minum, makan, bersuci.. atau stadium?

belum cukup dengan projek air yang berkelajuan siput pandi, YB N. ajis akan peruntukan duit rakyat kelantan untuk bina stadium yang berkapasiti 40 000 orang, sumber,.. yang most of the time, rakyat perlu bayar duit tiket untuk masuk stadium. maksudnya kerajaan letakkan bajet ratusan juta untuk kemudahan yang rakyat terpaksa bayar untuk nikmatinya. itu pun sebahagian rakyat sahaja — 40 000 daripada 1.4 juta rakyat kelantan. sumber.

stadium yang sedia ada pun dah berkapasiti dah 30,000. sumber. kenapa tak baikpulih sahaja stadium tu? dengan bajet kerajaan negeri yang ketat dan limited, wajib kepada YB untuk pilih keputusan yang terbaik untuk rakyat. tak guna ada stadium bertaraf dunia jika air berkeladak? messi pun jem kalau air nak basuh kencing sama kale dengan air kencing.

diharap kerajaan YB hentikanlah memangsakan rakyat kelantan.

mustahil YB N. ajis tak tahu mengenai isu air kelantan. mustahil YB tak tahu kepentingan air. mustahil YB tak tahu suara rakyat dan harapan mereka. adakah YB pekakkan telinga dari mendengar rintihan rakyat kerana berpendapat suara rakyat tak penting? atau YB hanya mahu persendakan harapan rakyat?

.

minit ke 4.00 – YB N. ajis sendiri kagum dengan keprihatinan Tun Mahathir terhadap masalah air kelantan dengan menyalurkan RM600 juta kepada kerajaan negeri.

bajet air kelantan diselitkan dalam RMK kerajaan pusat. adakah ia kekejaman Tun Mahathir?

.

*populariti YB N. ajis di kelantan menjunam dari 76% pada 2006 kepada 48.3% pada 2011 sumber

One Trackback to “KELANTAN : Bekalan Air Bersih Atau Stadium Baru?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: