PAS Tolak HAK Laksana Hukum Islam Walau Jika Diberi Peluang Perintah Malaysia?

.

PAS menolak hukum islam sebagai matlamat parti. ia dikatakan kerana takutkan timbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu. mungkin mereka juga dalam pertimbangan menukar nama parti kepada Parti Kebajikan Se-Malaysia.

alasan PAS menukar halatuju parti dah satu hal yang menjijikkan. belum pun perjuangkan hak orang islam di negara ini.. dah buangkan islam dari perjuangan dek kerana takut dengan karpal singh dan kit siang yang petah berdebat.

Surah Al Kaafirun, dan firman ALLAH bahawa “sesungguhnya Aku yang mengutus Muhammad dengan agama Islam yang benar dan haq, dimenangkan diatas agama lain, walaupun tidak disukai oleh musyrikin (dan kaafirun)”.

sediakah PAS melawan karpal, kitsiang dalam kes seperti lina joy? azan? islam agama rasmi?

adakah orang ini akan pertahan islam?

adakah PAS boleh galas tangungjawab pertahan islam sebagai agama rasmi? dan undang-undang malaysia yang pertahan hak-hak islam? atau terketar-ketar bila berdepan dengan karpal dan kitsiang.

lepas tu, hanya jadi tukang justify alasan karpal dan kitsiang. isu tolak perjuangan islam, angkat kebajikan. “ini adalah perbuatan paling islam.. negara kebajikan disebut dalam Al Quran” ini justifikasi yang dibuat PAS untuk kukuhkan DAP di malaysia.

tolak islam, angkat kebajikan? dimankah keislaman di dalam ini? adakah islam tak disebut dalam Al Quran? malu dengan perkataan islam apabila bersosial dengan rakan bukan-islam?

Barisan bersusah payah jadikan islam sebagai agama rasmi. tapi PAS pula malu dengan rakan sendiri untuk pakai terma islam? salah kawan-kawan atau salah diri sendiri?

jika pakatan pengkangkang perintah kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dibawah kepimpinan PAS tidak akan dibenarkan untuk laksanakan undang-undang Islam. ini termasuk mengharamkan arak, judi, persundalan dll.

.

itulah kesan perjanjian persefahaman pakatan pembangkang yang ditandatangani. adakah PAS akan lawan perjanjian ini dan pertahan hak mereka?

Jangan lupa apa yang terjadi di Kedah, apabila seorang ADUN DAP di Kedah dengan begitu biadap mengugut kepimpinan Kerajaan PAS Kedah supaya membatalkan perobohan pusat penyembelihan babi dan akhirnya membawa DAP Negeri Kedah keluar Pakatan pembangkang.

Jangan lupa apa yang berlaku di Pulau Pinang bila mana Kerajaan DAP langsung tidak menghormati satu-satunya ADUN PAS YB Ustadz Salleh Man (dahulu YB Almarhum Ustadz Hamdan) dengan tidak memberi sebarang kedudukan pun kepada PAS, termasuk portfolio Exco Hal Ehwal Islam, Pengerusi Majlis Agama pun tak diberi.

Jangan lupa penghinaan yang dibuat oleh Ketua Staf Lim Guan Eng yang melabel saudara Razali, seorang ahli Jemaah Islah Malaysia sebagai extremis dan teroris!

Jangan lupa pengumuman sembrono Anwar mahu melantik Baru Bian, seorang Kristian sebagai Ketua Menteri Sarawak tanpa langsung merujuk kepada PAS.

sumber: zul noordin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: