PAKATAN LAWYERS, THE VULTURES OF POLITICS — Cubaan Tak Bertanggungjawab Ambil Kesempatan Ke Atas Nasib Malang Keluarga Mangsa Allahyarham Noramfaizul

kematian jurugambar BERNAMA iaitu Allahyarham noramfaizul adalah satu tragedi. arwah mati akibat terkena tembakan semasa mengikuti misi kemanusiaan kelab putra 1Malaysia (KP1M) ke somalia. dikala keluarga dan sahabat handai meratapi pemergian arwah, sekongkolan pakatan pengkangkang tampil mahu mengaut keuntungan.

vulture 1 : latheefa koyak

seperti vultures menantikan peluang untuk terhidang buatnya. tak sampai 24jam jenazah Allahyarham tiba di malaysia, sekongkolan pakatan telah mengatur strategi.

.

sumber – utaranews

.

dengan cubaan menyalahkan kelab putra 1malaysia yang dikatakan ‘meletakkan’ penggiat media di somalia  tak sepatutnya keluar dari mulut seorang figura politik besar sekongkolan pengkangkang.

bukanlah suatu rahsia bahawa somalia adalah bahaya dan dengan memperkatakan KP1M meletakkan adalah suatu kenyataan yang menghina intelligence arwah. kehadiran arwah ke somalia tentunya bukanlah dipaksa, malah dipandukan oleh semangat juang yang tinggi, keberanian, dan perasaan simpati arwah terhadap rakyat somalia.

keberanian arwah harus disanjung

arwah tak sepatutnya menjadi subjek percakapan yang sewenangnya menutupi kualiti-kualiti yang telah ditunjukkan oleh arwah. kenyataan yang mahu menghuraikan perihal arwah haruslah disajikan dengan penuh hormat, kagum dan sayang. malangnya, sekongkolan pakatan hanya mahu bermain politik dan menyebarkan politik anti kerajaan.

vulture 2 : inhumane pakatan lawyers yang keji

lebih keji lagi, dikala umum menyanjung arwah dan disebut-sebut sebagai syahid, mykmu laporkan ada cubaan tak bertanggungjawab sekongkolan pakatan menawarkan khidmat peguam untuk menyaman kerajaan. berita ini timbul hanya tak berapa jam selepas arwah dikebumikan.

daripada cubaan itu jelas kelihatan sekongkolan pengkangkang tak bertanggungjawab yang mahu mengguna peluang yang ada untuk menimbulkan syak-wasangka dan rasa benci di kalangan keluarga dan sahabat handai arwah terhadap kerajaan demi masa depan politik mereka sendiri.

cubaan menyerang kerajaan itu juga sangat mendukacitakan dan sesuatu yang sangat tidak perlu ditimbulkan di dalam suasana keluarga dan sahabat handai arwah yang masih merintih. pemerhati politik pastinya mengetahui perihal peguam-peguam pakatan yang sememangnya sangat memilih dan sangat particular dalam pemilihan kes-kes guaman. seperti kes beng hock, mereka hanya memilih kes yang punyai mileage politik untuk masa depan politik mereka sahaja.

vulture 3 : portal-portal sekongkolalan pakatan yang menyebarkan sentimen antikerajaan

tak cukup dengan itu, media pro-sekongkolan pakatan — the malaysian insider, juga menyiarkan satu artikel yang menyatakan seorang saudara arwah mempertanggungjawabkan kelab putra keatas kematian arwah.

Abu Bakar Md Yasin - pakcik kepada mangsa

untuk membicarakan soal tanggungjawab keatas kematian arwah, kerajaan awal-awal lagi mengumumkan kesediaan menanggung perbelanjaan anak arwah. kesediaan itu diumumkan oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat oleh menterinya sendiri shahrizat. maka lansung tidak timbul soal sesiapa melepaskan apa-apa tanggungjawab keatas keluarga mangsa.

apakah niat sebenar portal berita ini membangkitkan isu tanggungjawab kebajikan keluarga arwah di saat semua rakyat malaysia meratapi pemergian arwah? sememangnya jika portal itu benar-benar mahu menegakkan kebajikan keluarga arwah, kenapa sekarang?

.

akhir sekali jika sekongkolan ikhlas mahu simpati ke atas kematian arwah, bukankah mereka sepatutnya tunjukkan dulu dengan sumbangan, atau penulisan belasungkawa kepada arwah yang nyata sekali mempunyai banyak kualiti-kualti yang boleh dicontohi oleh anak-anak muda malaysia. bukan hanya mengapi-apikan kemarahan dan menuding jari di kala tanah kubur masih merah, dan pipi-pipi yang masih basah menangisi pemergian arwah noramfaizul kerahmatullah.

disaat negara yang sangat memerlukan semangat perpaduan dan kasih sayang sesama insan, media dan ahli sekongkolan pakatan sepatutnya menunjukkan perasaan yang lebih ikhlas dalam menyentuh tragedi pemergian seorang muslim melayu yang berani dalam mahu memjuangkan cerita golongan malang di somalia. moga sekongkolan diberi hidayah. alfatihah untuk Allahyarham noramfaizul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: