BERSIH! Kerajaan Terbukti TELUS Dalam Menegakkan KEADILAN Untuk Semua — Walau Kepada Ketua Pembangkang Yang Sangat BERNAFSU Menggulingkannya

sistem kehakiman terbukti telus. malah juga bebas dari pengaruh kerajaan pemerintah. ketua sekongkolan pengkangkang — Dato seri aljuburi, diberikan penghakiman yang paling terrr–adil. paling terr-cool, ter-stylo di abad ini.

dato seri aljuburi harus mohon maaf terhadap kerajaan kerana tomahannya di dalam pembelaannya dengan berkata ia adalah konspirasi kerajaan. dimanakah logiknya konspirasi yang diujar oleh aljuburi jika dia tidak disabitkan kesalahan pun?

sebgai ahli politik, adakah kata-katanya tiada nilai? tuduh walau tiada disokong bukti? salah tanpa disusuli maaf.. adakah tiada lagi nilai-nilai murni dato seri aljuburi yang boleh dipamerkan kepada anak-anak bangsa malaysia? yang jelas ditunjukkan pula hanyalah kepandaian fitnah, tuduhan melulu, percakapan amarah, emosi 24jam mengalahkan remaja perempuan pertama kali datang bulan.

kita kesal sifat ini datangnya dari ketua sekongkolan pengkangkang malaysia. yang rakyat harapkan, ialah ketua pengkangkang yang boleh check-n-balance kerajaan. bersih dan bijak. sekongkolan pengkangkang harusnya pilih ketua yang lebih berpewarakkan bersih. kita tau, tak banyak pun yang ada karekter yang hampir pupus ni dikalangan sekongkolan sejak duamenjak ni. pemimpin yang ada pun tak banyak.. kalau tapis lagi, memang tinggal 2,3 kerat lah. yang elok, keluaq pi habih dah. yang tak mau keluaq, depa pulak perambat keluaq. haishh

guan egg menang saman. khir toyo disabitkan kesalahan. anwar dilepaskan dari tuduhan. kita tak nampak dimana berat sebelahnya sistem kehakiman.

teriakkan sumbang sekongkolan pengkangkang terhadap sistem kehakiman adalah sesuatu yang tidak matang. tuduhan melampau yang aku katakan tidak matang ini adalah kerana hanya mereka tidak suka akan keputusan yang mungkin tidak memihak kepada mereka. tapi bila keputusan berpihak kpd mereka.. ok pulak mahkamah ni. betul-betul kebudak-budakkan.

aku harap sekongkolan pengkangkang supaya cepat matang. keupayaan mereka untuk mengimbangi parti pemerintah sangat-sangat ditagih rakyat. prestasi mereka sebagai pembangkang malaysia sangat terok, dan meleset dari apa yang mereka katakan akan perihal keupayaan mereka memerintah ketika PRU12.

rakyat dah mula bosan. rakyat mahukan pembangkang yang lebih matang, lebih berprinsip dan lebih bersungguh untuk berjuang untuk kepentingan rakyat daripada berjuang untuk kepentingan politik peribadi mana-mana individu. parti barisan nasional nampak sangat selesa memerintah. harap-harap muncullah mana-mana parti baru yang miliki ciri-ciri tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: