Sebab-Sebab Mengapa Tinggal Di Malaysia Lebih Bagus Daripada Tinggal Di Singapura. Bukti Malaysia Lebih Hebat Daripada Singapura. Tok Det Lagi Hebat Daripada Kuan Yew. PART 3

tetapan  gaji minima

gaji minimum ialah, paras gaji yang paling rendah pihak majikan boleh letakkan.
cntoh, pekerja am di pos laju, mahb dan tm mungkin kerja tak sama, dan gaji yang tak serupa. katakan, kerja am di pos RM800, mahb RM900 dan tm RM1100. untuk elak rakyat hidup dibawah paras miskin, gaji minima diletakkan RM1000.

untuk majikan naikkan gaji lebih RM1000 tak kisah. tetapi tak boleh kurang paras gaji minima RM1000. maka pos dan mahb harus naikkan gaji kepada RM1000, manakala tm tak ubah pun takpa.

malaysia sudah pun luluskan dasar gaji minimum. kementerian sumber manusia sedang rangka minimum wage salary scale dan akan diimplimetasi kelak. ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan kehendak rakyat. malah pada 2010, kerajaan telah pun percepatkan implimentasi. pekerja pos telah dinaikkan gaji 11%, untu para posmen hidup jauh atas daripada tahap kemiskinan.

singapura dulu bongkak tak mahu minimum wage. alasannya negara mereka maju, tak ada keperluan minimum wage. tapi lepas hongkong laksana minimum wage, rakyat singapura mula bising-bising. isu ni hangat dipasaran. debat sana debat sini.

bahas rakyat singapura — polisi gaji minima ni untuk pastikan rakyat dibayar gaji setimpal dengan kos sara hidup dan kekal survive di singapura yang tinggi oskosnya. sebabnya, kesian dengan pekerja bawahan. majikan swasta asyik nak cut kos, potong gaji.

di singapura, ada akta yang benarkan majikan potong gaji pekerja jika memenuhi beberapa kelayakkan. seperti lebih had umur, tak cukup produktiviti, performance, duties dan responsibilities.

sudahlah tak naikkan gaji pekerja, taknak pulak cushionkan harga barang dan service yang tinggi kepada rakyat . dibuat pulak undang-undang yang bolehkan majikan layak merendahkan gaji pekerja. mana lagi nak cari kerajaan ‘penyayang’ macam ni?

sampai sekarang, singapura masih tak ada hati nak laksana minimum wage. pulak tu, rakyat singapura ‘dikerjakan’ working hour paling tinggi di dun-ya yang fana ini, iaitu 46.6 jam seminggu.

di malaysia kerajaan nampak lebih serius dalam menangani masalah kemiskinan. di dalam usaha jangka panjang untuk menaikkan ekonomi malaysia kearah ekonomi berpendapatan tinggi..  masalah jangka masa pendek — rakyat yang belum berpendapatan rendah — tetap tak dilupakan.

sumber : citizenonline. thestar. malaysianmirror. singaporedemocrat.

lihat part 1, di sini. part 2 di sini.

gwa otai

*part 4 berkisar tentang healthcare yang mahal gila babs di singapura. rakyat bising. ada yang menumpang nasib di malaysia. tapi kerajaan masih berkata kos perubatan masih mampu bayar. mungkin kuan yew mudah lupa.. bukan semua orang gaji macam dia.

Leave a comment