ISU LIBYA PART 3: Mengkaji Kebenaran Tunjuk Perasaan. Adakah Benar Revolusi Rakyat Atau Hanya 2,3 Kerat Rakyat Yang Diperdaya Menjadi Pengganas Oleh Amerika?

ini adalah senarai laporan ‘kreatif’ media barat putar belit keadaan. disini soalan ditanya kepada koresponden, yang belajar di libya. tinggal di tripoli.

1. gaddafi dilaporkan media barat sebagai terkepung oleh protesters di rumah. mungkin dah lari ke venuzuela.

ini tidak benar. esoknya gaddafi tampil dengan ceramah ‘syahid’, dengan semangat.

2. berita gaddafi bom rakyatnya sendiri dengan jet tempur, helikopter di Fashloum

koresponden di tripoli menghubungi seorang rakan di Fashloum. dia bagitau, jangan kata bunyi bom, bunyi enjin kapal terbang/kipas helikopter pon takdak. kipas rumah ada la.

3. berita serangan misil, tembak protes di tripoli. mayat bergelimpangan, tak ada ambulan bawak pergi hsptal sebab takut ditembak. orang cedera dibiar mati.

koresponden di tripoli kata memang ada tunjuk perasaan kecil. tak ramai. tak ada bunyi tembakan di tripoli. kecuali masa ceramah gaddafi, ada tembakan ke udara tanda sokongan pro-kerajaan kepada gadafi.

4. berita kota sirta, sabha, zawiyah, misrata, sabrata jatuh ke tangan protesters

protesters hanya berkuasa di benghazi, dan baidha 1000km timur tripoli. laporan koresponden pada 24 hb. tempat lain masih aman. penduduk menjalanikehidupan seperti biasa.

5. isnin malam 21 Februari 2011 berita kata gaddafi bedil bom di Fashloum, Tajuuro, Suuq Jum’ah

koresponden di tripoli roger member dia di 3-3 daerah ni. semua jawab tak dak apa-apa berlaku. gheja tidoq saja seharian. sunyi. ada 2-3 das tembakan ke udara daripada orang tak dikenali, tapi sekejap saja. tak tahu sebab apa.

7. berita kerajaan libya 23 feb laporkan gaddafi ajak media asing jumpa dalam satu konferens. seru laporan benar,jujur daripada media asing. ajak media pergi tour lokasi strategi — Fashlom, Suq jumah, Jumhuriyah Street, dan Tajura.  ikut jalan darat dan udara.

banyak agensi berita menolak. Al Jazeera salah satu.

8. sepanjang kempen anti-gaddafi, kebanyakan gambar rakyat protes yang ditayang media asing tak dikenal pasti dimana. sebab gambar dicrop kecil tak nampak background.

malah ada diantaranya dikenalpasti demonstrasi pada tahun 2004 dan 2005. gambar tak logik. sekarang libya di musim dingin tapi gambar protesters pakai baju musim panas. pakaian di libya musim sejuk ialah baju sejuk, sweater. di musim panas ialah kot, jaket.

9. media kerajaan Libya tunjuk video helikopter Amerika yang terlihat mengudara di atas Jabal Akhdhar.

gaddafi kata ini bukti adanya campur tangan asing

10. memang ada protes di benghazi, dan baydha.

penduduk tempat lain tempat lansung tak rasa kemelut mahupun darurat. mereka merasa pelik dengan laporan media barat. lagi tambah benci kepada amerika yang sentiasa nak curi minyak negara mereka.

gambar ini betul. sekarang libya musim sejuk. orang pakai windbreaker, sweater. tapi tunjuk perasaan kecil, tak melibatkan orang ramai. ini tak dipanggil revolusi rakyat. hanya dipanggil protester

media barat menipu dengan siarkan kononnya inilah tunjuk perasaan libya sekarang. padahal ini gambar protes 2005. sekarang musim sejuk. tak logik orang awam berpakaian musim panas.

 

jika terlepas part, click sini, dan part 2 sini.

One Trackback to “ISU LIBYA PART 3: Mengkaji Kebenaran Tunjuk Perasaan. Adakah Benar Revolusi Rakyat Atau Hanya 2,3 Kerat Rakyat Yang Diperdaya Menjadi Pengganas Oleh Amerika?”

Leave a comment